Dunia Tanpa Tembok

Pernahkah anda tertanya-tanya apa kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku di pentas politik antarabangsa? Kalau anda mahu faham ‘wayang’ politik antarabangsa, anda perlu faham percaturan geopolitik.

Buku ini adalah himpunan artikel yang ditulis oleh Ayman Rashdan Wong mengenai isu-isu geopolitik. Apabila anda faham strategi dan taktik geopolitik, anda akan faham percaturan licik para pemimpin dan ahli politik demi menjaga kepentingan politik dan negara masing-masing.

Artikel pertama menceritakan asal-usul nama Malaysia manakala artikel kedua menceritakan asal-usul Jalur Gemilang. Saya pasti ramai rakyat Malaysia tidak tahu kisah menarik di sebalik dua sejarah ini.

Kalau sehingga sekarang anda masih keliru mengenai siapa di sebalik peperangan di Syria dan Yaman, dan apa yang mereka mahu, kupasannya ada dalam buku ini.

Tak ketinggalan dikupas adalah isu panas krisis diplomatik Malaysia – Korea Utara ekoran pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA.

Salah satu artikel kesukaan saya adalah “Saladdin dan Realpolitik”. Tahukah anda Saladdin mengambil masa 16 tahun merancang strategi sebelum dapat menawan Al-Aqsa? Kata penulis, “Ramai yang suka romanticize pencapaian Saladin. Seolah-olah beliau diberi kemenangan hanya kerana beliau seorang yang warak dan zuhud. Seperti yang suka diulang-ulang oleh khatib pada hari Jumaat — Constantinope ditawan oleh Sultan al-Fatih kerana tidak tinggal solat dhuha. Tapi berapa ramai yang benar-benar meneliti strategi Saladdin?

Buku berharga RM28 ini sebenarnya sangat murah berbanding ilmu yang anda dapat bila membacanya. Kalau anda hanya baca sebuah buku tahun ini, bacalah “Dunia Tanpa Tembok“.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s