Ini Sekolah Kita

Ini kisah kegigihan sekumpulan siswa-siswi Malaysia di Jordan menubuhkan sekolah untuk anak-anak Syria yang menjadi pelarian perang.

Ini kisah duka anak-anak yang menjadi mangsa peperangan. Dalam usia muda, mereka menjadi mangsa kekejaman dan kesedihan yang kita tidak terbayangkan.

Keperitan hidup mencampak mereka ke lorong-lorong dan jalanan. Mereka mengemis. Mereka menjual tisu. Untuk memastikan perut terisi.

Di sebalik semua kepahitan itu, mereka tetap nakal, manja dan mengada-ngada. Mereka hanya anak-anak yang mahu disayangi dan dibelai.

Sekolah untuk anak-anak pelarian ini menjadi ibarat syurga bagi anak-anak pelarian Syria. Ia tempat mereka boleh kembali menjadi anak-anak.

Ada yang sudah berusia 11 tahun tetapi tidak mengenal huruf pun kerana tidak pernah bersekolah. Perang merampas peluang mereka untuk belajar.

Ada yang tidak kenal warna dan tidak tahu mewarna kerana peperangan merampas kemewahan untuk mereka mengenal pensil warna.

Buku ini adalah pemenang Anugerah Buku Negara 2017. Bacalah buku ini dan selami penderitaan anak-anak mangsa peperangan. Zalimnya mereka yang merampas kegembiraan dan kemanisan zaman kanak-kanak mereka. Dapatkan buku ini di sini. Sila sediakan tisu semasa membaca buku ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s