Hikayat Langlang Buana

Naskah asal hikayat ini adalah dalam tulisan Jawi dan 1283 Hijrah adalah tarikh penyalinan naskah. Penulis asal tidak diketahui. Penceritaannya menunjukkan pengaruh pada zaman peralihan Hindu-Islam.

Ini kisah pengembaraan Raja Indera Bumaya di negeri kayangan (keinderaan) untuk mendapatkan Tuan Puteri Kesuma Dewi yang cantik jelita. Tuan puteri telah ditunangkan dengan Raja Indera Syahperi, tetapi itu tidak menghalang keinginan Raja Indera Bumaya untuk memiliki Tuan Puteri Kesuma Dewi.

Dalam perjalanan menuju ke negeri Tuan Puteri Kesuma Dewi, Raja Indera Bumaya bertemu dengan beberapa watak yang membantu beliau dalam pengembaraannya dan mengajarkannya ilmu sakti.

Langlang Buana menukarkan dirinya ke bentuk merak emas dan melarikan Tuan Puteri Kesuma Dewi lalu disembunyikan di sebuah gua kepunyaan raja jin bernama Raja Biram Gangga. Langlang Buana meminta Raja Biram Gangga menjaga tuan puteri dan jangan diserahkan kepada sesiapa.

Apabila Raja Indera Bumaya meminta supaya tuan puteri diserahkan kepadanya dan Raja Biram Gangga enggan, terjadilah peperangan yang sengit antara kedua pihak. Raja Indera Bumaya akhirnya memenangi peperangan dan membawa tuan puteri kembali ke istana.

Ayahanda tuan puteri berkenan mengahwinkan mereka setelah diyakinkan oleh Langlang Buana dan ini menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati Raja Indera Syahperi. Semasa Raja Indera Bumaya mahu membawa isterinya pulang ke negerinya di bumi, perjalanan mereka dihalang oleh Raja Indera Syahperi yang masih mahu merebut kembali Tuan Puteri Kesuma Dewi.

Tak kira zaman, ego lelaki sama saja — sanggup berperang untuk merebut perempuan cantik.

Untuk mengetahui akhir kisah ini, dapatkan karya klasik ini di sini .

Tahu tak apa maksud ‘cendera’, ‘maharesi’ dan ‘dandi’? Jika anda tidak tahu maksud perkataan-perkataan Melayu lama ini, boleh rujuk glosari di penghujung buku.

Berkaitan:
Himpunan Pantun “Hikayat Langlang Buana”

Leave a comment