Category Archives: Life

This is my musing about what happens in daily life and life itself.

Jadilah Tangan Yang Membawa Mereka Kepada Cahaya

Hari ni aku nak meroyan mengenai dua perkara yang telah lama dipendam.

Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Liku dan ranjau yang kita lalui berlainan. Kisah hidup kita tidak sama. Hatta yang berkongsi ibu bapa pun kisah hidupnya berbagai rencam.

Tak semua perkara kita diberi pilihan. Kita tak pilih siapa ibu bapa kita. Kita tak pilih di bumi mana kita dilahirkan. Itu adalah ketentuan Tuhan yang hanya Dia tahu sebab dan rahsia di sebaliknya.

Beruntunglah kalau Allah titipkan anda pada pasangan yang kuat pegangan agama. Semasa di dalam kandungan lagi, anda diperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran. Kelahiran anda disambut mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Beruntunglah kalau ibu bapa berbangga menunjukkan gambar atau video anda tunggin terbalik (kata orang utara) meniru gaya ibu bersolat, atau gambar anda menjadikan bapa kuda tunggangan tatkala dia sujud, kerana itu bermakna ibu bapa anda memberatkan agama. Sudah pasti sejak kecil anda diajar mengenal dosa pahala, mengenal Quran dan sunnah, dengan harapan bila dewasa anda jadi insan beriman.

Tidak semua seberuntung anda. Ada yang Allah titipkan pada ibu bapa yang tak pernah kenal sejadah, tak kenal apa itu sunnah. Maka mereka juga membesar tak mengenal sejadah, tidak kenal Quran, jahil sunnah. Bagi mereka agama adalah anutan kolot yang membelenggu manusia, yang menyusahkan dan menyulitkan hidup.

Continue reading

Advertisements

What Did I Do to Deserve This?

This happened many years ago. I switched on the TV one evening and the scene was a mother talking to her friend about her sick child. “When John was born,” said the mother, “he was such a perfect, beautiful baby. I didn’t ask God what I did to deserve him. But he became ill and I had to watch his condition deteriorate, you bet I asked God what I did to deserve this.”

What the mother said made me stop and think. How many times have I done something similar? When good things happened, I didn’t ask why I deserved it. When things went wrong, I asked, why me?

Continue reading

Is God a Mathematician?

Our inability to prove the existence of something is not prove of its non-existence“, said Dalai Lama.

Is there a divine Creator who created this universe? Evolutionists insist that the universe and every species that exists evolved in a series of lucky coincidences. Unfortunately for them, scientists have been uncovering increasing evidence that there is a certain law and order in the universe, implying that there is a higher intelligence that creates the universe according to a certain rule. It is impossible for the universe to evolve randomly, and yet, follows a certain order.

Michio Kaku: Is God a Mathematician?

Continue reading

Paradox of Our Times

THE PARADOX OF OUR TIMES
Is that we have taller buildings, but shorter tempers
Wider freeways, but narrower viewpoints
We spend more, but we have less.

Continue reading

Ingat Rogol Perkara Main-main?

Jam sudah lewat sepuluh malam. Saya buka tv. Drama Melayu. Adegan seorang pembantu rumah merayu majikan supaya mengahwinkan anak lelaki mereka yang telah merosakkan anak gadisnya yang kini telah hamil.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah, bangangnya si emak. Anak dirogol, bukannya dia buat laporan polis tapi minta perogol kahwin dengan anak dia. Nak anak trauma seumur hidup? Perkara kedua yang terlintas di fikiran saya adalah, bangang lagi si penulis skrip dan pengarah drama. Kemudian saya mencongak-congak dah berapa banyak drama sedemikian.

‘Ariana Rose’ — si gadis dirogol dan kemudian jatuh hati dengan perogol bergelar Tengku. ‘Gemersik Kalbu’ — si hero menggunakan tipu muslihat supaya gadis idaman menyangka dia telah dirogol dan kemudian mendesak si gadis supaya bersetuju untuk mengahwininya. ‘Mencintaimu’ — si gadis anak orang gaji yang jatuh cinta dengan anak majikan ibunya menyangka dia telah dirosakkan oleh anak orang kaya itu tetapi masih tetap mencintainya walau pun telah bertahun berlalu.

Saya tertanya-tanya apa agaknya yang bermain di fikiran penulis skrip dan pengarah yang mengetengahkan drama dengan jalan cerita demikian. Mereka fikir rogol perkara main-main? Suka-suka? Romantik? Pernah tak mereka buat kajian mengenai trauma dan bebanan emosi yang ditanggung oleh mangsa rogol?

Continue reading

Tak Mungkin Sezalim Firaun

Bila bercakap tentang keganasan rumah tangga dan penderaan isteri, pernah tak anda dengar nasihat begini: Isteri hendaklah sabar dan redho sebab tak mungkinlah si suami itu lebih zalim daripada Firaun.

Saya ada empat soalan untuk mereka yang memberi nasihat tersebut. Soalan pertama: Pernahkah anda melalui pengalaman dipukul dan disepak terajang sehingga lebam berdarah setiap hari?

Set soalan kedua: Kenapa Firaun yang dijadikan benchmark? Tak tergapai dek akal saya kenapa Firaun yang dijadikan contoh dan bukan akhlak Rasulullah s.a.w. yang dijadikan panduan. Apakah pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai layanan terhadap wanita? Adakah baginda berpesan, berlaku zalimlah terhadap isterimu kerana kamu tidak mungkin dapat menandingi kezaliman Firaun? Atau adakah baginda berpesan, yang terbaik di kalangan kamu adalah yang terbaik terhadap isterinya?

Saya selalu dengar isteri disuruh redho dan bersabar tetapi saya tidak pernah dengar suami dinasihati supaya ingat amanah dan tanggung jawab yang dipikul, atau diberi amaran tentang besarnya dosa menganiaya isteri.

Kalau pun seorang isteri yang redho dengan kezaliman suaminya mudah masuk syurga, seorang suami yang mengkhianati amanah dan tanggung jawab yang Allah pikulkan ke atas bahunya apabila dia menzalimi isteri, layakkah mencium bau syurga? Adakah anda mengira bahawa Allah tidak memerhati dan malaikat tidak mencatat setiap layanan buruk suami terhadap isteri? Di sebalik sabar dan redho isteri, berapa besar agaknya timbunan dosa suami yang kesalahannya tidak pernah ditegur dan diperbetul?

Continue reading

Don’t Leave Your Child Unattended

I was walking into a pharmacy when I noticed a little girl in a trolley, left unattended. I took two steps back and walked to the trolley. The girl was about a year old. Very cute, friendly and was smiling happily at me. I bet I could’ve picked her up and took her home without any fuss. Lucky for her parents, I’m not a child snatching psycho.

Her mother, who was nowhere to be seen, obviously had done some grocery shopping before leaving her in front of the pharmacy. After about two minutes, I asked the pharmacy employee, where is her mother? She said, she’s not yours? I said, no.

Another employee, who was standing nearby said, her mother is over there (pointing in her direction). She comes her often.

She pulled the trolley in. When her mother comes back, I said, please tell her not to leave her baby like this again. It’s dangerous.

Continue reading