Tag Archives: anak-anak Syria pelarian perang

Ini Sekolah Kita

Ini kisah kegigihan sekumpulan siswa-siswi Malaysia di Jordan menubuhkan sekolah untuk anak-anak Syria yang menjadi pelarian perang.

Ini kisah duka anak-anak yang menjadi mangsa peperangan. Dalam usia muda, mereka menjadi mangsa kekejaman dan kesedihan yang kita tidak terbayangkan.

Keperitan hidup mencampak mereka ke lorong-lorong dan jalanan. Mereka mengemis. Mereka menjual tisu. Untuk memastikan perut terisi.

Di sebalik semua kepahitan itu, mereka tetap nakal, manja dan mengada-ngada. Mereka hanya anak-anak yang mahu disayangi dan dibelai.

Sekolah untuk anak-anak pelarian ini menjadi ibarat syurga bagi anak-anak pelarian Syria. Ia tempat mereka boleh kembali menjadi anak-anak.

Ada yang sudah berusia 11 tahun tetapi tidak mengenal huruf pun kerana tidak pernah bersekolah. Perang merampas peluang mereka untuk belajar.

Continue reading

Advertisements