Dunia Tanpa Tembok

Pernahkah anda tertanya-tanya apa kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku di pentas politik antarabangsa? Kalau anda mahu faham ‘wayang’ politik antarabangsa, anda perlu faham percaturan geopolitik.

Buku ini adalah himpunan artikel yang ditulis oleh Ayman Rashdan Wong mengenai isu-isu geopolitik. Apabila anda faham strategi dan taktik geopolitik, anda akan faham percaturan licik para pemimpin dan ahli politik demi menjaga kepentingan politik dan negara masing-masing.

Artikel pertama menceritakan asal-usul nama Malaysia manakala artikel kedua menceritakan asal-usul Jalur Gemilang. Saya pasti ramai rakyat Malaysia tidak tahu kisah menarik di sebalik dua sejarah ini.

Kalau sehingga sekarang anda masih keliru mengenai siapa di sebalik peperangan di Syria dan Yaman, dan apa yang mereka mahu, kupasannya ada dalam buku ini.

Continue reading “Dunia Tanpa Tembok”

Advertisements