Sungai Mengalir Lesu

Ini kisah pendudukan Jepun di Singapura semasa Perang Dunia II. Kisah keperitan hidup dalam keadaan serba kekurangan dan ancaman pengeboman setiap hari.

Ibu bapa Tuminah telah meninggal dunia. Suaminya mati berkecai bila bas yang dipandunya dibom. Tinggal dia dan adiknya, Dalim, yang berusia 11 tahun. Dalim dan anak-anak lain sering mencari makanan hanyut di sungai berdekatan. Kalau bernasib baik, dapat buah hanyut yang masih elok untuk dimakan. Kalau sudah tidak elok pun dimakan juga kerana perut yang lapar minta diisi. Sekali-sekala, Basir menghantar makanan kepada Tuminah. Sudah pasti ada harga yang perlu dibayar dan Tuminah membayarnya demi kelangsungan hidup.

Mulyadi dan Irwan adalah orang Jawa yang ditangkap oleh Jepun untuk dibawa ke Semenanjung sebagai buruh kerahan. Apabila mereka diserang malaria, mereka ditinggalkan begitu saja di tepi jalan. Sama seperti orang lain, mereka lakukan apa saja demi hidup. Sungai yang kotor itu menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Tidak sedikit gadis Melayu belasan tahun yang dikahwinkan dengan peniaga India kaya sebaya datuk mereka demi kelangsungan hidup keluarga. Salah seorang daripadanya adalah Zainab yang sentiasa dikurung di dalam bilik oleh suaminya meski pun ketika kapal terbang sedang menjatuhkan bom dan orang lain (termasuk si suami) berlindung di shelter.

Peperangan memang kejam dan kepayahan itu menyatukan penduduk yang tak pernah meminta peperangan yang menhancurkan hidup mereka. Dapatkan buku ini di sini.

Leave a comment